Alamat

Tuesday, 28 February 2012

Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Dan Hubungan

           Assalamualaikum Salam kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-NYA ats nikmat yang diberi.Selawat dan salam atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.Mungkin adalah yang tidak tahu,apa itu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Dan Hubungan?
           Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Dan Hubungan merupakan salah satu program yang ada di Fakulti Ekonomi dan Muamalat.Program ini sebenarnya bermula pada tahun 2008 dan bilangan pelajarnya sekitar 35 orang.Kini,pelajar Tahun 1 dalam program ini mempunyai 68 orang.Bahasa penghantar dalam program ini adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.Jadi,kesemua pelajar diwajibkan untuk menguasai kedua-dua bahasa.
          Selain itu,syarat kemasukan dalam program ini adalah SPM dan sebarang keperluan lain STPM,STAM,Sijil Matrikulasi KPM,Sijil Perakaunan dan Muamalat USIM dan Diploma yang diiktiraf.Tambahan pula,mahasiswa/wi yang ingin memilih program ini perlu mempunyai sifat yang positif,aktif,cemerlang dalam kepimpinan dan berpengetahuan am yang luas.
          Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang apa perkerjaan yang boleh mereka dapat selepas mengikuti program ini?Bidang pekerjaan adalah luas dan termasuk jawatan seperti:
(1) Institusi Perbankan,
(2) Non Bank Institusi Kewangan,
(3) Takaful dan Insurans Institusi,
(4) Broker dan Sekuriti,
(5) Pengurusan Dana dan Unit Amanah,
(6) Pertubuhan Swasta,
(7) bidang profesional seperti Secretarialships Syarikat, Perancang Kewangan,
(8) Institusi Ekonomi Islam iaitu Tabung Haji,    YPEIM, PPZ,
(9) Keusahawanan
dan juga banyak lagi peluang rezeki selepas mengikuti program ini.Insya Allah.
            Harapan agar semua mampu memahami dan mengetahui tentang kewujudan program ini serta terus maju dan berjaya mahasiswa/wi Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan dengan cemerlang. The best of the distinction.

Tuesday, 6 December 2011

Salam Perkenalan

            Assalamualaikum
Alhamdulillah,puji kepada Allah yang mengurniakan pelbagai nikmat.Selawat dan salam atas junjungan mulia Muhammad S.A.W wakil dan pesuruh Allah yang membawa rahmat untuk seluruh alam.Sekali lagi dipanjatkan rasa syukur kepada Allah kerana telah memberi peluang dan ruang untuk sama-sama memanfaatkan kelebihan masa yang diberi oleh-NYA.Suka untuk dinukilkan dari firman Allah telah merakamkan kepada kita dalam sebuah surah yang bernama Al-Mukminun,-ayat pertama-"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman".Jadi sebagai seorang mukmin,kita sebenarnya telah berjaya.Hanya pada kita sahaja peluang dan ruang yang perlu kita rebut untuk menjadi mukmin yang cemerlang.
            Jadi,salam pekenalan buat semua insan yang memasuki blog ini.Pepatah melayu "Tak kenal maka tak cinta".Pertama dan selamanya dirafakkan kesyukuran yang melimpah ruah kepada Allah kerana telah mengurniakan kesempitan dan juga dengan izin-NYA telah berjaya menghasilkan blog untuk para mahasiswa/wi generasi ke-4 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat Dan Hubungan,Universiti Sains Islam Malaysia.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Dekan Fakulti Ekonomi dan Muamalat,Dr. Asmaddy Haris kerana telah memberi sokongan dan galakan kepada pelajar untuk berani ke hadapan.Selain itu,kalungan citra warna-warni buat Ketua Bidang untuk Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan,Dr. Nursilah Ahmad yang telah mencurahkan idea serta pandangan untuk membangunkan lagi tahap kecemerlangan minda pelajar.Terima Kasih juga dihulur kepada badan pengerak dan ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa/wi Korporat4 serta pelajar korporat yang disanjungi dan dikasihi sekalian.
              Persatuan Mahasiswa/wi Korporat 4 adalah badan yang memimpin seluruh pelajar generasi ke-4 Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Hubungan.Persatuan ini digerakkan oleh para pelajar korporat 4.Persatuan ini dianggotai 16orang pelajar dari 4 buah kelas yang berlainan.Ini menjadi kelebihan bagi persatuan ini kerana mampu bergabung di bawah satu payung yang besar.Selain itu,persatuan ini menjadi platform untuk para pelajar mempelajari sifat kepimpinan dan toleransi sesama mereka.Tambahan pula,persatuan ini mampu melakar cebisan-cebisan kemahiran yang akan diterapkan oleh ahli-ahli anggota.
Keunikan yang dilukis oleh persatuan ini adalah para pelajar kebanyakan berlatar belakang pelajar sekolah agama.Jadi,kelebihan terhadap persatuan ini mampu mengimbangi urusan dunia serta agama.Selain itu,blog ini menjadi ruang bagi pelajar korporat meluahkan permasalahan serta memberi cadangan dan pandangan bagi memuaskan hati semua pihak.Oleh itu,diharap kepada semua pelajar agar mampu memanfaatkan peluang yang ada bagi memastikan keselesaan serta kemudahan dengan sepatutunya.Akhir kalam,semoga para pelajar   berjaya dan cemerlang serta bekerjasama dalam membina kualiti yang unggul dalam segala aspek.Persefahaman juga penting untuk menjadikan batu asas kejayaan bersama.Jadi,marilah bersama-sama kita mengharungi segala badai dan rintangan untuk meniti jambatan kejayaan dengan jayanya.Waallahu A'lam